Resepi: Telur rebus masak hijau



Assalammualaikum. (=
Sebenarnya baru lepas masak untuk sahur ni. Jadi nak cepat cepat taip resepi. So that tak lupa nanti. hihi. Jadi jom, mula.

Bahan-bahan:

Bawang besar sebiji
Bawang putih 2 ulas
Halia seinci
Lada hidup 2 batang
Air asam semangkuk kecil
Rempah hijau separuh paket kecil
Telur rebus 4 biji

Cara-cara:

1. Potong atau hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Tumiskan di dalam kuali hingga kekuningan.
2. Rempah hijau dijadikan pes dengan cara memasukkan air ke dalam mangkuk. Pes tersebut diletakkan ke dalam bawang tumisan tadi.
3. Masukkan telur rebus ke dalam kuali. Gaul rata kuah hijau ke  atas telur.
4. Masukkan air asam ke dalam kuali.
5. Letakkan lada hidup yangtelah dipotong ke dalam kuali.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Masak sehingga kering sedikit air dan pekat, Siap!


Much Love,
 Ain Nadzri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

Tutorial:Favicon@ icon di blog